KOTA KINABALU: Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya, serta dijual pada harga berpatutan di Sabah walaupun permintaan barangan itu meningkat baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata setakat ini pihaknya tiada menerima sebarang aduan ataupun laporan berhubung kenaikan harga atau kekurangan bekalan barangan tersebut di pasaran.
Beliau berkata semasa pemeriksaan dilakukan pihaknya, beberapa premis farmasi di sini memaklumkan permintaan kit ujian COVID-19 ada berlaku sedikit peningkatan tetapi bekalan untuk menampung permintaan itu masih mencukupi.
"Pihak farmasi sentiasa menambah stok bekalan daripada pembekalan untuk menampung permintaan yang akan dijangka meningkat. Keadaan di pasaran juga tidak berlaku pembelian panik daripada pengguna," katanya menerusi kenyataan di sini, Rabu malam.
Pada 18 Dis, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah sebanyak 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya, serta dijual pada harga berpatutan di Sabah. - Gambar hiasan
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu'
Penduduk di sekitar Johor Bahru membuat persiapan antaranya dengan mendapatkan kit ujian kendiri, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.
Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah
Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya.
COVID-19: MAIK galakkan jemaah pakai pelitup muka di masjid, surau
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggalakkan jemaah masjid dan surau memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Indonesia: Gunung Merapi muntahkan abu setinggi 2,000 meter
Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat.
Australia Barat perkenal semula mandat pemakaian pelitup muka selepas peningkatan kes COVID-19
Negeri Australia Barat mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan semula mandat pemakaian pelitup muka di hospital-hospital di ibu negerinya Perth susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi sarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah
Arab Saudi menyarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah yang mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di kawasan sekitarnya.